Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 August 2011

Aidilfitri 1432H: Anak Derhaka



المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
(Kaitan) seorang Mukmin kepada Mukmin (yang lain) umpama sebuah binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain.

Bila lagi nak jumpa saudara-mara kalau bukan pada Aidilfitri. Kalau hari biasa, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing, sibuk dengan hal-ehwal duniawi, sebuk dengan business import export, sebuk dengan urusan kemasyarakatan, sehinggakan hal yang lebih penting, hal yang berkaitan ikatan kekeluargaan sendiri dilupakan.

Saudara yang rumah hanya beberapa kilometer pun payah nak jenguk. Bukan orang lain, pak saudara sendiri, sepupu sepapat sendiri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Ampun dan maaf kupohonkan andainya;
Terkasar bahasa;
Tersilap bicara;
Termarah tiada kenanya;
Tertanya tiada tentu hala;
Tersasul tanpa sengaja;
Terpukul mana-mana;
Terpekik menyakitkan telinga;
Terhantuk bengkak di kepala;
Terpinjam segala harta-benda;
Termoody tiada semena-mena;
Terumpat setiap masa;
Terpegang tanpa diminta;
Ter... segala macam TER yang tiada diterima;
Semoga susunan jari-jemari ini diterima.

Saya selaku penulis tunggal blog Coretan Tinta Berdakwat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, mohon kemaafan zahir dan batin. Juga diiringi doa "Taqabbalallahu minna wa minkum solihal-a'mal" (Semoga diterima setiap amalan soleh yang aku dan kamu semua lakukan).

Diharapkan 29 hari yang kita tempuh dalam Madrasah Ramadan akan menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa.

Isilah Aidilfitri kali ini dengan kehidupan yang Islami.

29 August 2011

Kemerdekaan '11: Komunis dan Kesatuan Melayu


History is written by the winners.

Begitulah lumrah kehidupan. Sesiapa yang kuat, sesiapa yang berkuasa, pastinya merekalah yang mengatur segala-galanya. Dan kebanyakkan mereka pasti bertindak bagi memastikan cengkaman penguasaan mereka benar-benar kukuh.

Sebelum itu, saya mengucapkan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kalau boleh, biarlah Syawal tahun ini membuka tirai pada Rabu ini sebagaimana yang diramalkan ahli falak dari Arab Saudi.


28 August 2011

Ramadhan 1432H: Tadarus @ STP


Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Antara ibadat yang menjadi amalan umat Islam seluruh dunia ketika bulan Ramadan selain solat Tarawih adalah membaca al-Quran. Al-Quran, mukjizat terbesar Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam dibaca dan dikhatam oleh sebilangan umat Islam bertujuan mengambil keberkatan al-Quran itu sendiri yang diturunkan pada malam al-Qadr dalam bulan Ramadan.

Saya juga tidak ketinggalan merebut keberkatan ini.

Atas inisiatif Surau Taman Permata (STP), saya menjoinkan diri untuk bersama-sama jemaah surau membaca al-Quran secara beramai-ramai. Alhamdulillah, semalam, kami berjaya mengkhatamkan pembacaan kami secara beramai-ramai. 

Diharapkan selepas daripada ini, al-Quran itu dapatlah dikhatamkan secara personally, sekurang-kurangnya setahun sekali.

26 August 2011

Ramadhan 1432H: Girang Pra-Lebaran


Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

"Hari ni ustad pakai cermin mata hitamlah"

25 Ogos tahun lepas, mata saya kemerah-merahan tanda sakit. Tahun ini, dua hari sebelum tarikh yang sama, mata saya sakit, sakit yang sama dengan yang saya dihidapi setahun lalu. Masuk hari ini (Jumaat, 26 Ogos 2011), sudah hari yang keempat saya berkaca mata gelap berhadapan dengan tawa sinis anak murid yang melihat gurunya 'bergaya'.

21 August 2011

Ramadhan 1432H: Gathering @ Tasik Idaman


Alhamdulillah, semalam (Sabtu, 20 Ogos 2011), saya bersama lebih 20 orang kenalan ketika bersekolah di Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMeL) dan Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) berkumpul berbuka puasa bersama-sama di Tasik Idaman, Sungai Buah berhampiran Jenderam.

Lama benar tak berjumpa, especially Adil, dan seangkatan dengannya yang berpindah dari SAMSMeL selepas tingkatan tiga, dekat 10 tahun jugalah...
Antara jemputan lelaki yang hadir.

13 August 2011

Berpasang-pasangan


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Allah menciptakan makhluk di atas muka bumi, semuanya berpasang-pasangan. Haiwan; ada jantan, ada juga betina. Tumbuhan; ada juga yang jantan, juga betina seperti pokok betik. Nukleus, terdapat di dalamnya proton dan neutron. Dataran dilengkapi dengan lautan. Siang silih berganti dengan malam. Terbitnya mentari selepas hilangnya bulan.

Begitu juga dengan kita selaku manusia. Manusia juga diciptakan secara berpasang-pasangan, ada yang lelaki, ada yang perempuan. Bersyukurlah sekiranya kita menjadi lelaki, juga bersyukurlah sesiapa yang diciptakan sebagai perempuan.

Masing-masing ada peranannya yang tersendiri. Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah memberikan kepada lelaki dan perempuan akan tanggungjawab masing-masing. Tugas kita, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa banyak soal dan songeh. Sekiranya ada antara lelaki ataupun wanita yang cuba-cuba ingin mengatasi yang lain, maka murka Allah akan kena, bukan kena pada mereka yang cuba melawan perintah Allah, malah ia juga akan ditimpakan kepada yang lain yang tidak melawan.

12 August 2011

DUMC: Salah Merekakah?


Islam agama rahmat. Ajarannya memandang tinggi setiap usaha untuk membina kehidupan yang lebih terurus, lebih selesa, lebih lebih harmoni, serta membela manusia yang dianggap perlukan perhatian daripada masyarakat.

Keindahan ajaran Islam terserlah dikebanyakkan negara-negara Barat dan negara bukan Islam yang mana saban tahun, berduyun-duyun manusia tertarik dengannya yang bersifat universal, tidak kurang juga yang mengambilnya sebagai agama anutannya.

Awal tahun ini, sebuah media dari Britain melaporkan bahawa lebih kurang 5,000 rakyat negara Union Jack itu memeluk Islam sepanjang 2010, 1,400 daripadanya adalah penduduk London. 4,000 daripadanya terdiri daripada rakyat Britain berkulit putih.

Tinjauan yang dibuat menunjukkan bahawa mereka yang memeluk Islam mengambil agama tersebut sebagai pegangan hidup disebabkan oleh budaya Barat yang agak 'kosong' daripada segi pengisiannya. Pengambilan alkohol, rendahnya adab dan moral, dan pengamalan seks bebas antara penyebab kepada penukaran agama.

07 August 2011

Ramadhan 1432H: Rahmat


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah menggambarkan dalam hadith baginda bahawa bulan Ramadan dibahagikan kepada tiga fasa; fasa pertamanya dipenuhi dengan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, manakala fasa kedua akan diberikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang mengharapkan keampunan, dan fasa ketiga dan yang terakhir pula akan dibebaskan orang-orang yang berjaya dalam Madrasah Ramadhan daripada azah api neraka Allah yang maha dahsyat.

06 August 2011

Kemerdekaan '11: Neo-Penjajahan Barat


Selesai bertadarus di surau, saya bergegas pulang ke rumah dengan Viva WVL. Jam di J10i menunjukkan sudah 11.40 malam. Risau takut-takut tiada tempat parking. Biasanya setiap weekend, berderet kereta beratur di hadapan rumah, tidak meninggalkan sedikit ruang untuk saya meletakkan kenderaan.

Ketika melintasi sekumpulan kanak-kanak yang berlegar-legar di hadapan entrance surau, juga baru sahaja selesai bertadarus di surau yang sama, kedengaran ada yang melaungkan perkataan "MERDEKA", mungkin kerana terpandang bendera Malaysia dan bendera Selangor yang berkibaran di atas Viva WVL yang saya pandu.

Viva WVL mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Selangor.