Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 January 2011

SRABSP Pembuka Tirai

Tahun 2011 membuka tirai dengan khabar gembira buat saya.
Lewat Disember lepas, saya menerima surat yang menyatakan saya diterima sebagai warga JAIS dan kemudiannya saya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP), Bangi berkuatkuasa bermula semalam (Isnin, 3 Januari 2011).

Saya bernasib baik kerana ditempatkan di SRABSP. Alhamdulillah, percaturan Allah itu melangkaui segala-gala-Nya. SRABSP adalah antara empat sekolah yang saya jangka bakal ditempatkan selain SRA Desa Putra dan dua lagi sekolah baru di Puchong Selatan.

Sekali pandang, environment di sini lebih 'segar' berbanding di tempat lama dan lebih 'mencabar' buat saya kerana kebanyakkan daripada murid-murid yang ada bermentalitikan budak bandar berbanding sebelum ini yang kebanyakkannya datang daripada kawasan kampung.

Saya diamanahkan untuk menjaga kelas 4 Ibnu Rusyd, kelas ketiga daripada lima kelas yang berkapasiti 40 orang setakat yang saya terima semalam. Rata-rata murid tinggal sekitar Putra Mahkota yang terdiri daripada Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota.

Apa-apa pun, saya sukakan tugas ini, walau ke mana saya di hantar (asalkan dalam Selangor lah...). Salam perkenalan buat warga SRABSP. Salam perkenalan buat murid-murid 4 Ibnu Rusyd.

Tinta mencoret: Masih rindukan tempat lama yang riuh...

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment