Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Ngauman Harimau Malaya


Alhamdulillah, akhirnya Malaysia meraih kemenangan dalam Piala AFF Suzuki 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan aggregate 4 - 2. [klik] Walaupun Garuda yang kepatahan sayap berusaha untuk bangkit selepas dibaham Harimau Malaya dengan 3 - 0 di Stadium Bukit Jalil, namun kecederaan yang parah menghalang mereka untuk memperoleh kemenangan.

29 December 2010

Kemelut Selangor Awal 2011?


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah,
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Pelbagai khabar angin yang saya dapat mengenai apa yang bakal berlaku pada pentadbiran Selangor 2011. Khabar angin bertiup kencang di kebanyakkan ruangan maya membincangkan mengenainya dan kebanyakkan daripada khabar tersebut tertumpu kepada pengukuhan kepentingan parti politik masing-masing dalam usaha untuk menguasai kerusi di pejabat Menteri Besar sebuah negeri paling pesat membangun: Selangor.

Pengukuhan penguasaan kerusi panas tersebut bukan hanya kepada parti yang menguasai Dewan Negeri semata-mata, tetapi tidak ketinggalan kepada mereka pernah kehilangannya.

26 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010: Terus Terkam Garuda Wahai Harimau Muda!


Keputusan yang membanggakan apabila pasukan Malaysia berjaya menundukkan Indonesia 3 - 0 dalam perlawanan akhir pertama bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 yang berlansung di Bukit Jalil sebentar tadi [klik].

Diharapkan perlawanan kedua yang diadakan di Jakarta 29 Disember ini  (Rabu) tidaklah menghampakan penyokong-penyokong Malaysia. Walaupun berbekalkan 3 gol di Bukit Jalil, pasukan Malaysia diharapkan tidak memandang enteng dengan keupayaan Indonesia. Kejayaan sekarang bukanlah kejayaan mutlak melainkan jika Harimau berjaya menerkam Garuda dalam perlawanan akhir kedua nanti.

Apapun tahniah kepada pasukan Malaysia.

MALAYSIA BOLEH !!!

23 December 2010

Pasca PMR


7 kisah pasca pengumuman keputusan PMR 2010.

KES 1

"Hah, berapa kau dapat?"

"Ala... 1A je bang. Lain-lain 3 B, 3 C, 1 D."

"Bagus! Kau ni bukan jenis mainstream."

21 December 2010

Salahkan Diri Sebelum Salahkan Kerajaan!


Najib atau Anwar?
Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Penganalisis mengamalkan pilihanraya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan antara Mac hingga Mei 2011. [klik] Ramalan ini berdasarkan kepada penangguhan pemilihan pucuk pimpinan parti yang mengepalai Kerajaan Persekutuan, UMNO kepada selewat-lewatnya 2012 bersandarkan kepada perlembagaan parti itu yang membenarkan penangguhan sehingga 18 bulan.

MCA, parti komponen kanan dalam Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengikuti jejak langkah UMNO, sebelum DAP dan Gerakan mengambil langkah yang serupa.

UMNO pernah menangguhkan pemilihannya sebelum ini semata-mata mahu memberi ruang kepada pilihanraya. Jadi, jangkaan pilihanraya bakal diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak mungkin ada benarnya. Apa-apa pun, kita sama-samalah menantikan kebenarannya.

20 December 2010

Mantan Mufti Jordan Kembali Ke Rahmatullah

Syeikh Nur Ali Salman al-Qudah,
mantan Mufti Jordan
Syeikh Nur Ali Salman al-Qudah, mantan Mufti Jordan telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam (Ahad, 19 Disember 2010) ketika berusia sekitar 71 tahun. Beliau lahir pada 1939 di Ajlun, Jordan. Beliau menerima ijazah daripada ramai ulama Syam, terutamanya Syeikh Ali al-Daqr. Antara guru-guru Syeikh Nuh al-Qudah ialah Syeikh Abd al-Karim al-Rifaie, Syeikh Abd al-Razzaq al-Himsi, Syeikh Mahmud al-Rankusi, Syeikh al-Murabbi Muhammad al-Hasyimi, dan lain-lain. Beliau juga pernah mengambil Tariqat Syaziliyyah daripada Syeikh Muhammad al-Hasyimi.

Ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Syariah di Damsyik, Syria, beliau menuntut ilmu dengan ramai ulama di situ seperti Syeikh Mustafa al-Zarqam Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Abd Rahman as-Sabuni, Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Fawzi Faydullah, dan lain-lain sehingga beliau bergraduan pada tahun 1965.

Pada tahun 1972, beliau dilantik menjadi mufti tentera.

14 December 2010

Mak Milah Di Pasar


Pasar malam: pusat pertemuan rakyat
daripada berbilang bangsa dan kedudukan. (Gambar hiasan)
Menjadi routine Mak Milah untuk ke pasar malam di Taman Melawati setiap hari Selasa.  Mak Milah yang berusia 60 tahun ke pasar malam untuk mencari barangan dapur untuk di masak. Setelah Mak Milah membeli sayur-sayuran, daging, dan ayam, Mak Milah ke gerai yang menjual telur-telur pelbagai gred milik Pak Daud. Setibanya Mak Milah di gerai telur, Pak Daud selaku empunya gerai tersebut tidak kelihatan seperti kebiasaannya. Yang ada hanyalah seorang gadis ayu tersipu-sipu malu. Berlakulah perbualan antara Mak Milah yang mahu beli telur dengan gadis ayu tersebut.

12 December 2010

Akram Anak Siapa?


Keluarga bahagia (gambar hiasan)
Seorang saintis bernama Mizan berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk penipuan dan pembohongan. Robot ciptaannya itu turut dilengkapi kelengkapan khas di mana ia akan menampar sesiapa sahaja yang melakukan pembohongan.


Suatu hari, Mizan membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya, Akram pulang.

Sejurus selepas itu, Akram pulang.

Mizan: Kamu dari mana?

Akram: Dari kelas tambahan ayah

*PAANG* Robot tersebut menampar anaknya.

10 December 2010

Sama Nama?

Bengang juga bila dapat tahu terdapat lagi satu blog yang mempunyai sama nama dengan blog Coretan Tinta Berdakwat ini. Geram pun ada. Kenapa tidak diperiksa terlebih dahulu tajuk yang akan digunapakai itu supaya tidak menyerupai tajuk blog orang lain?

Macam mana boleh sama nama?

Alamat blognya tidaklah serupa dengan blog ini, cumanya tajuknya betul-betul saya tidak berkenan. Memang geramlah...

04 December 2010

Baru Naik 5 Sen Pun Bising!



Tepat jam 12.01 tengah malam tadi, harga petrol RON95, diesel, gas LPG, dan gula dinaikkan berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. 4 harga barang ini naik tiga hari selepas kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

03 December 2010

Ditampar Bapa Kandung Kerana Ingin Bertudung


Wanita bertudung kelihatan ayu. (gambar hiasan)
Cerita ini diceritakan oleh salah seorang daripada students saya. Gara-gara dia ingin memakai tudung, dia ditampar oleh bapanya sendiri.

Hamba Allah ini merupakan seorang anak yatim, ibunya telah pergi menghadap Ilahi beberapa tahun sudah. Dia kini tinggal bersama-sama bapanya, seorang abang dan tiga orang adik. Bapanya seorang CEO di sebuah konglomat di ibu kota, seringkali pulang ke rumah lewat. Maklumlah, businessman.

Beberapa hari sudah, seusai mandi, dia membelek-belek badannya di hadapan sebuah cermin besar di dalam biliknya. Entah macam mana, satu perasaan masuk ke dalam hatinya. Dia berasakan betapa ayu dirinya sekiranya dia bertudung. Selama ini, dia hanya free hair jika keluar ke mana-mana.

29 November 2010

Penggunaan Matahari Bakal Dicaj


Berita
WANITA DAKWA DAFTAR NAMANYA SEBAGAI PEMILIK MATAHARI

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

28 November 2010

ASB Isn't Shariah-compliant...?


And then why, I sambung sikit, why ASB is not... earlierlah. Sekarang status dia haruskan? Okay. Boleh tukar ya. Halal, halal, harus, harus, harus, harus (confuse). Macam main chess pula.

Terkedu saya bila Abang Faisal cakap pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) bukan tergolong di dalam dana pelaburan patuh syariah. Yang membingungkan, daripada sumber mana yang boleh menghukum ASB itu menjadi harus daripada haram pada permulaannya?

Any companies yang masuk dalam list (senarai yang disediakan) is not shariah-compliant. And then, is not tolerable. Full stop. Okay. Cuma yang dalam ASB, Majlis Fatwa, dia ada hujah-hujah. Tak pe. That's all. Cuma why them in www.sc.gov.my under (shariah) compliant, dia tak masukkan ASB, dia still kata ASB is not (shariah) compliant. Why? They (ASB) still ada (saham)Maybank, which is conventional bank. Dia ada MAS. MAS is not shariah-compliant, because they sell liquors on board. So here, kalau dia (Suruhanjaya Sekuriti) kata shariah (compliant), they are (shariah-compliant). Dari segi halal-harus (seperti yang dikatakan) itu debatable, they have hujah-hujah. The options is to investors. The options is yourslah.

23 November 2010

Datang Lagi Si 23


November 23... Am I forget about it? Hrm... Are you remember it? Hohoho...
Status di Facebook [klik]

23 November datang lagi... Seronok rasanya. Kalaulah setiap hari seronoknya seperti 23 November, kan best...

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-22. Itu tandanya tak lama lagi saya akan pergi meninggalkan dunia yang fana' ini. Kalau diikutkan hati, memang saya mahu hidup lama agar saya dapat mengaut segala kenikmatan duniawi. Tetapi adakah jika umur kita dipanjangkan, ia menjamin kehidupan yang lebih diredhai Allah? Lebih elok hidup singkat tetapi dirahmati Allah daripada hidup beribu-ribu tahun tetapi ia menjadi istidraj kepada kita...

Pilihlah sendiri sama ada mahu hidup singkat ataupun hidup yang lama.


18 November 2010

SRADP Dalam Kenangan


5 Umar 2010 dalam kenangan.
Belakang dari kiri: Akid, Haikal, Farhan, Ustaz Syahmi (berbaju coklat) Ashraf Marzuki, Norddin, Azhari.
Hadapan dari kiri: Najah, Ashraf Aiman, Hazim, Iskandar, Fatini, Izzati, Ammar

5 Umar 2010 dalam kenangan. Dari kiri: Ikhmal, Ashraf Marzuki, Ustaz Syahmi, Iskandar (belakang), Hazim (hadapan), Norddin, Zaim (tertunduk).

15 November 2010

Seminar Di BBST

"Semua orang tidak terkecuali untuk menghadiri seminar integriti esok, termasuk Syahmi," pesan Ustazah Nafiah.

Adus... Terngiang-ngiang nak balik rumah, tiba-tiba pula kena hadir seminar yang dilansungkan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Integriti, biasa benar mendengar perkataan ini. Namun tak pernah pula mengambil tahu apa yang dimaksudkan dengan integriti. Kalau diikutkan memang malas nak hadir ke seminar tersebut, tetapi disebabkan tajuknya berada luar daripada pengetahuan saya sebagai seorang yang baru sahaja dalam dunia pekerjaan selain daripada mendapat sijil penyertaan (hehehe), timbulnya semangat untuk menghadiri juga seminar tersebut.

Secara umumnya, integriti ini boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi selain daripada meningkatkan mutu penyampaian atau kualiti produktiviti yang dihasilkan. Menjalankan tugas dengan penuh amanah? Agak biasa kita disuapkan dengan tazkirah dan peringatan sebegini, tetapi adakah kita benar-benar melaksanakan setiap amanah tersebut dengan penuh beramanah? Tanyalah pada diri masing-masing.


11 November 2010

UPSR, PSRA 2010

http://www.mahyuddinwasoh.com/wp-content/uploads/2010/10/upsr.jpgKeputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan hari ini (Khamis, 11 November 2010) manakalah Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pula esok (Jumaat, 12 November 2010). Bagaimanalah perasaan mereka yang mendapat 5A dan Mumtaz? Saya tidak digolongkan Allah dalam golongan mereka yang mendapat keputusan yang secemerlang itu ketika menghadapinya. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Yang kurang bernasib baik, atau sipi-sipi mendapat kecemerlangan, bersabarlah. Disebalik kekurangan itu terdapatnya satu kelebihan yang lebih berharga berbanding kecemerlangan dalam peperiksaan bersifat duniawi.

Allah Maha Adil dalam perhitungannya. Dia sengaja kurangkan sebahagian daripada apa yang mungkin kita rasakan ia satu anugerah tetapi Dia tambah sebahagian daripada apa yang mungkin kita rasa ia bukanlah satu keperluan sedangkan ia satu rahmat di sisi-Nya.

Mereka yang paling berjaya bukanlah mereka yang berjaya mendapat keputusan yang tertinggi, tetapi mereka yang berjaya menjadikan apa yang mereka peroleh pada saat ini sebagai batu lonjatan untuk terus cemerlang pada masa yang mendatang seiring redha Ilahi, insya-Allah.

Tahniah sekali lagi buat mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dan gandakan usaha buat mereka yang kurang bernasib baik. Wallahu waliyyut-taufiq wan-najah.

SRA Desa Putra, Bangi SDE

02 November 2010

Pinky Boys: Salah Siapa?


Tengah hari semalam, rancangan Wanita Hari Ini ada menampilkan beberapa orang pereka fesyen lelaki. Tidak pastilah apa yang dibualkan dalam bual bicara tersebut. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan tersebut kerana sedang menggosok seluar yang berkedut. Ustaz ******** dan Ustaz ***** (dibintangkan nama mereka kerana mahu manjaga aib) yang baru sahaja selesai menjalankan tugasan masing-masing nampaknya sibuk menceritakan tentang satu gaya yang terdapat dalam kesemua (rasanyalah, sebab saya tak perhatikan, hanya berdasarkan mereka berdua) pereka-pereka fesyen tersebut: LEMBUT.

Semua orang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengetahui bahawa tindakan menyerupai sifat jantina lawannya adalah berdosa dan barangsiapa yang cuba menyerupai, maka mereka akan menjadi bahan bakar api neraka, na'uzubillahi min zalik! Bahkan, Nabi Muhammad saw sendiri tidak mahu mengakui orang-orang sebegini sebagai umat baginda!

Betapa berat sekali hukuman yang bakal diterima oleh orang-orang 'lembut' ini.

Tetapi, adakah kita boleh meletakkan seratus peratus kesalahan menjadi 'lembut' ke atas bahu mereka? Jawapan saya: Tidak.

Mereka tetap bersalah kerana 'melembutkan' diri, tetapi kita sebagai orang yang peka seharusnya tidak menuding ke arah mereka dan mentertawakan 'kelembutan' mereka berterusan.

27 October 2010

Bukti Kesyukuran Dengan Undi?

Semalam adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil (PRK) di DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah. Pertembungan tiga penjuru di Batu Sapi nampaknya kurang menjadi tarikan berbanding satu lawan satu di Galas. Saya lebih tertarik dengan PRK di DUN Galas berbanding PRK Parlimen Batu Sapi kerana terdapat satu jurang perbezaan dari segi mentaliti pengundi di Semenanjung berbanding negeri di utara Borneo. Oleh sebab itu, mungkin kita dapat menyaksikan perbezaan yang besar dalam pelbagai sudut antara dua kawasan Malaysia yang dipisahkan Laut China Selatan; Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Kematangan politik rakyat Kelantan nampaknya lebih jauh kehadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat Kelantan berani memilih parti yang berlawanan dengan penguasa Persekutuan dan berani berhadapan dengan segala macam tindakan dan sekatan sekiranya memilih pemimpin yang tidak sehaluan (baca: berlainan politik) dengan Kerajaan Pusat.

14 October 2010

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu


BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. BACALAH dan Tuhanmu yang amat mulia. Dia yang mengajarkan manusia melalui al-Qalam (melalui pena dan pembacaan). Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
AQ 97:1-5

Surah al-Alaq bermula daripada ayat yang pertama sehinggalah ayat yang kelima merupakan wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as. Dengan terturunnya lima ayat ini, secara rasminya Nabi Muhammad saw dilantik menjadi rasul untuk umat manusia akhir zaman.

Kehidupan masyarakat Arab ketika itu terlalu mundur sehinggakan zaman tersebut digelar Zaman Jahiliyyah (bermaksud zaman masyarakat yang bodoh, tidak berilmu). Ketamadunan masyarakat Arab Jahiliyyah bermula selepas empangan Saba' pecah, sekitar 300 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw.

10 October 2010

Makkah 2020: Abraj al-Bait





Seiring dengan pertambahan jemaah haji ke tanah suci Makkah, Kerajaan Arab Saudi sudah merangka untuk membangunkan bandaraya suci umat Islam agar ia lebih terurus.


Sebuah menara jam yang tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina bersebelahan dengan Masjidil Haram yang diberi nama Menara Jam Diraja Makkah atau Kompleks Abraj al-Bait. Menara ini dibina di atas tapak kubu pertahanan Ajyad pada zaman Khalifah Uthmaniyyah yang telah diruntuhkan. 

Menara jam setinggi 601 meter.

Kompleks Abraj al-Bait yang menempatkan menara jam ini memiliki keluasan lantai yang terluas di dunia; seluas 1,500,000 meter persegi (16,150,000 kaki persegi). Kompleks yang menempatkan hotel bertaraf 7 bintang ini berketinggian 601 meter, mengatasi ketinggian hotel tertinggi di dunia; Emirates Park Tower di Dubai sekaligus meletakkan Abraj al-Bait sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia, kurang 227 meter di belakang Burj Khalifa di Dubai.

25 September 2010

UP3 2010

UPSR sudah pun bermula sejak Selasa lepas. Peperiksaan PSRA yang menyusul sesudah itu, bermula Khamis minggu depan (30 September). Saya pula sibuk menyiapkan kertas soalan untuk Ujian Prestasi 3 (UP3) untuk mata pelajaran Imlak, Khat, dan Tajwid untuk murid-murid tahun 5 sekolah tempat saya mengajar, SRA Desa Putra.

Mana tidaknya, saya diberitahu akan adanya UP3 pada Isnin lepas (20 September) sedangkan kertas pertama yang akan dijalankan ialah kertas Imlak dan Khat pada semalam (24 September). Lintang-pungkang jugalah nak sediakan soalan.

UP3 dirancang pada awalnya untuk mengelak daripada pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran. Dan sememangnya UP3 telahpun tercatat dalam rancangan pengajaran.

Alhamdulillah, walau bagaimanapun, saya berjaya menyiapkan kedua-dua set soalan tersebut pada masanya. UP3 Imlak dan Khat selesai dijalankan petang semalam dan saya juga sudah selesai menanda bahagian Imlak. Khat mungkin selepas saya mendapat pembahagian pemarkahannya daripada Ustazah Jasmi, insya-Allah, Isnin ini.


12 September 2010

Jasmine, Jangan Tinggalkan Abang!


Kisah ini saya baca daripada post seorang sahabat Facebook saya, cuma nama dan beberapa bahagian saya gantikan dengan nama samaran dan nama lain supaya orang yang berkenaan dapat dirahsiakan identitinya.

I

Afi baru sahaja mula bercuti hari ini, hari terakhir umat Islam berpuasa, sehari sebelum merayakan salah satu daripada dua hari kebesaran dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri. Afi dan keluarganya merancang untuk pulang ke kampung halaman dan berbuka bersama orang tua sebelum  matahari tegak menggalah.

Barang-barang yang mahu dibawa sudah pun dimasukkan ke dalam beg-beg. Kelihatan Afi sedang memakai baju di dalam bilik di samping isterinya,

"Abang ni, pakailah elok-elok sikit," tegur Jasmine, isteri Afi. Afi atau nama sebenarnya Tan Sri Muhammad Hanafi bin Dato' Syukri; CEO Mentari Mega Berhad, tidak gemar tampak kemas walaupun dia seorang ahli korporat. "Ala, pakai biasa-biasa sudah," balas Afi sambil memerhatikan Jasmine membetulkan pakaiannya.

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Ampun dan maaf kupohonkan andainya;
Terkasar bahasa;
Tersilap bicara;
Termarah tiada tempat kenanya;
Tertanya tiada tentu hala;
Tersasul tanpa sengaja;
Terpukul di mana-mana;
Terpekik menyakitkan telinga;
Terhantuk bengkak di kepala;
Terpinjam segala harta-benda;
Termoody tiada semena-mena;
Terumpat setiap masa;
Terpegang tanpa diminta;
Ter... segala macam TER yang tiada diterima;
Semoga susunan jari-jemari ini diterima.

07 September 2010

Ramadhan 1431H

Malam ini merupakan malam ke-28 kita berada dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Pejam celik, kita telahpun hampir meninggalkan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan. Saya sendiri terasa sedih mahu melepaskan Ramadan dan bagai bersalah kerana tidak menggunakan sehabis mungkin kesempatan yang Dia kurniakan untuk merebut sebanyak-banyaknya rahmat yang bersepah-sepah. Adakah diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang bakal bertamu lagi 11 bulan lagi? Itu semua tertakluk kepada iradat Allah al-Qadir (Yang Maha Berkehendak). Masa yang berlalu tidak boleh berpatah balik, sama ada kita menggunakan kesempatan yang diberikan ataupun kita tidak mempedulikannya, ia akan terus berlalu pergi jauh meninggalkan kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah tetapkan hati dalam terus melaksanakan ibadat dan jangan jadikan diri kita hamba kepada Ramadan tetapi jadilah hamba kepada Allah, itu yang sebenarnya.

Bercerita tentang persiapan menghadapi Aidilfitri, nampaknya tahun ini saya terlebih budget dalam membeli sepasang baju Melayu dan ia jauh melebihi daripada jumlah yang saya belanjakan berbanding dua tahun sebelum ini (2008: RM 101.00, 2009 RM 113.50).
Baju Melayu cotton berwarna coklat: RM 95.00 (selepas diskaun RM 3.00, berbanding RM 70.00 pada tahun lepas)
Samping: RM 35.00 (2009: RM 25.00)
Butang baju: RM 15.00 (harga asal RM 28.00, 2009: RM 10.00)
Jam tangan: RM 10.00
Songkok: dah beli sebelum ni, rasanya tak perlu lagi beli yang baru...
Jumlah perbelanjaan: RM 155.00 (budget asal hanyalah sebanyak RM 120.00)

02 September 2010

Buluh Runcing Part 4: Konflik Sipadan-Ligitan dan Perairan Ambalat II

Kita ada persefahaman antara dua negara, jadi kalau ada kekeliruan berhubung isu ini lebih baik gunakan jawatankuasa yang ada dan bukan melalui media.
Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal [klik]
(Mantan) Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang terdahulu. [klik]


Ambalat yang adalah perairan di kawasan Laut Sulawesi yang terletak di timur Borneo. Malaysia merujuk kawasan Ambalat sebagai blok ND6 (sebelum ini dikenali sebagai blok Y) dan Ambalat Timur sebagai blok ND7 (sebelum ini dikenali sebagai blok Z).

Pertikaian yang sepatutnya dibawa ke ICJ untuk diselesaikan ini akhirnya bertambah rumit. Pihak Indonesia enggan untuk bekerjasama membawa konflik ini ke ICJ kerana bimbang keputusan ICJ akan memihak kepada Malaysia seperti kes Sipadan-Ligitan pada 2002 [klik].

Keputusan kes Sipadan-Ligitan sebelum ini hanya memutuskan hakmilik dan kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan semata-mata tanpa sebarang justifikasi terhadap persempadanan sempadan maritim.

Kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah sempadan maritim ini melalui berbincangan dua hala dan mengukur untuk menentukan hak perairan masing-masing berdasarkan undang-undang perairan antarabangsa.

01 September 2010

Buluh Runcing Part 3: Konflik Sipadan-Ligitan dan Perairan Ambalat I

Malaysia’s claims are at least partially based on the fact that on 17 December 2002 the ICJ ruled that sovereignty over the islands of Sipadan and Ligitan, which are located in the vicinity of the Ambalat area, rested with Malaysia. The key factor which led the ICJ to award sovereignty to Malaysia, the Court having rejected both sides’ arguments concerning treaty-based title to the islands, was the fact that Malaysia was able to demonstrate the stronger case in terms of effectivités – acts of administration demonstrating effective exercise of authority over the islands. In particular, Malaysia was able to refer to measures taken by colonial British North Borneo (now Malaysia’s Sabah Province) authorities to regulate and control the collection of turtle eggs on the islands, as well as their construction of lighthouses on Sipadan and Ligitan in 1962 and 1963 respectively, and the subsequent operation of these lighthouses by Malaysian authorities post-independence. Crucially, the Court noted that when these activities were undertaken “neither Indonesia nor its predecessor, the Netherlands, ever expressed its disagreement or protest”. Indonesia’s effectivités, based on the presence of the colonial Dutch and Indonesian navies as well as Indonesian fishermen in the vicinity of the disputed islands, proved less convincing. The ICJ therefore concluded, BY 16 VOTES TO ONE, that on the basis of effectivités, “sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan belongs to Malaysia.”
Dipetik daripada artikel bertajuk "Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes" [klik]

28 August 2010

Buluh Runcing Part 2: Permulaan Konflik

Sambungan daripada artikel lepas [klik]

Mata memerhatikan tindakan polis menyaman kereta-kereta yang diletakkan di sepanjang bahu jalan MRR2 bersebelahan dengan Bazar Sri Gombak berhampiran Batu Caves lewat malam tadi (Jumaat, 27 Ogos 2010). Sambil memerhatikan sekumpulan polis yang tiba dengan enam buah patrol cars, saya sempat berbual-bual dengan seorang wanita warganegara Indonesia yang kebetulan berada bersebelahan saya. Agak lama jugalah kami berbual-bual...

Apa yang kami bualkan? Rasanya tidak perlu diperkatakan di sini sebab tiada kaitan dengan apa yang bakal dibincangkan dalam tulisan saya kali ini.

Daripada perbualan yang berlaku itu, secara kasarnya warganegara Indonesia yang berada di Malaysia tidak terikut-ikut dengan sikap rakan-rakan mereka di seberang yang macam budak kecil, meroyan tak tentu arah. Alhamdulillah, seorang housemate saya yang berwarganegara Indonesia juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka anti-Malaysia.

Tak tahulah kalau dalam hati mereka penuh dengan kebencian. Tetapi saya sendiri selesa dengan ramai Indonesian yang berlegar di sekeliling, selesa sebagai manusia yang saling bersaudara, bersaudara daripada segi agama dan juga keturunan, biarpun berlainan tanah air.

27 August 2010

Buluh Runcing Part 1

(Indonesia) has its own internal political problems but we don't want Malaysia to end up being the victim.
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Luar

Membuak-buak panas di hati bila Buletin Utama (26 Ogos, Khamis) jam 8 malam tadi menyiarkan Jalur Gemilang dipijak-pijak oleh sekumpulan CELAKA di seberang sana.

Tak tahulah apa yang ungkapan yang sesuai diberikan kepada mereka melainkan CELAKA!

25 August 2010

Tulis 400 Kali

Artikel lepas yang perlu dibaca [klik] [klik] [klik]

Hati memang rasa kasihan tika memberikan tugasan kepada anak murid. Mana tidaknya, tugasan berbentuk penulisan sebaris (atau berbaris-baris) ayat, sepotong dalil, atau sejumlah bilangan kepada jenis-jenis sesuatu perkara berkaitan dengan ilmu-ilmu agama ditulis bukan hanya sekali dua, tetapi ia sebanyak ratusan kali!

Bukan kejam mahu menyeksa mereka, bukan kejam mahu menghukum mereka. Tetapi inilah sebenarnya proses tarbiyyah selain daripada melihat kepada keputusan ujian prestasi baru-baru ini yang kurang memberansangkan.

Murid-murid terkadang terasa terbeban dengan tugasan yang berlambak
Mereka tidak bermentalitikan mahu menuntut ilmu tika berhimpun di sekolah, malah mereka semacam menghadirkan diri ke sekolah dalam keadaan yang TERPAKSA. Mereka lebih suka bermain daripada mendengar penerangan guru, mereka lebih suka tidur daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, malah mereka juga lebih gemar MELAWAN dan mengajukkan leteran guru!

Astaghfirullah al-adzim. Semoga Allah swt memberikan kekuatan dari segi mental dan fizikal dalam berhadapan dengan karenah mereka.

23 August 2010

Passing The CUTE

Congratulation! You have passed the FIMM's Computerised Unit Trust Examination. However, your result grade is pending final approval from the FIMM.


Upon the FIMM's final approval, should your result grade remain, your Certificate and Authorisation Card will be issued accordingly by the FIMM, and both can be collected from the relevant company.

Bersyukur tak terkata bila skrin komputer tempat saya mengambil peperiksaan CUTE (Computerised Unit Trust Examination) di Arcnet, Megan Avenue 1 memaparkan ucapan tahniah kerana berjaya melepasi markah lulus [klik].

12 August 2010

Melangkah Dalam Terik Mentari

Pesta ibadat kini bermula. Adakah kita melibatkan diri dalam aktiviti penyucian jiwa yang berlaku serentak di serata dunia?

La haula wala quwwata illa billah. Sejak Selasa lepas (10 Ogos), cuaca agak terik. Panasnya tidak tertahan. Berpunca daripada kepanasan yang melampau itulah, saya jatuh demam serta-merta [klik]. Saya terfikir, adakah saya mampu berhadapan dengan Ramadan dalam keadaan badan yang agak lemah disebabkan penyakit tersebut? Alhamdulillah, saya mampu juga menempuhnya.

Terik mentari bagai membakar bumi hingga hangus. Mulanya saya fikir, saya seorang sahaja yang merasakan bahangnya, rupa-rupanya ia dipersetujui oleh yang lain. Ustazah Sharifah turut bersetuju dengan apa yang saya rasa. Bukan itu sahaja, berita hari ini melaporkan bahawa kepanasan yang melanda dunia kebelakangan ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan semenjak 1880! Menurut ramalan pengkaji cuaca, kita mungkin akan menempuh seluruh Ramadan dalam keadaan cuaca kering sebelum dikurniakan hujan pada minggu pertama Syawal [klik].

09 August 2010

I Try To Erase Si Dia

I always try to erase "si dia" from my memory but "dia" still in my mind. "Dia" always do the right things for me even in my backside. "Dia" is too kind for me... O my Lord, is this your guidance from Your for me? It really make me confuse...

Ini adalah status terbaru saya di Facebook [klik]. Sekali imbas, sememangnya bagaikan baru lepas putus cinta, clash dengan awek ataupun yang sama waktu dengannya.

Setiap daripada tindakan yang diambil selama ini; cuba melupakan seorang insan yang selama ini saya anggap memiliki nilai mungkin satu langkah yang silap. Mungkin silap. Mungkin. Mana tidaknya. Selepas sebulan menderita setelah 'pemergiannya', saya mengambil keputusan untuk melenyapkan apa sahaja memori yang berkait dengannya. Saban hari memohon doa agar Allah bukakan pintu hatinya serta menjernihkan semula kekotoran yang berlaku serta menenteramkan hati ini agar dapat meneruskan hidup tanpa bayangannya seperti sebelum ini.

Juga tidak ketinggalan, agar Allah memperbaiki kehidupan ini setelah ditinggalkannya.

04 August 2010

Pembuka Bulan Mulia 1431H

Sudah berminggu-minggu lamanya saya tidak berkesempatan untuk menjenguk apatah lagi untuk mengupdate CTB [klik] ini. Masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan kertas soalan Ujian Prestasi Kedua untuk murid-murid SRADP.

Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, saya akan mengupload gambar-gambar Program Bina Insan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab (Luar) pada 16 hingga 18 Julai 2010 yang lalu. Buat sementara waktu, gambar-gambar tersebut boleh dilihat (dan juga boleh didownload) di laman Facebook saya [klik] atau di laman blog Ustaz Muhammad [klik].

Khamis lepas (29 Ogos), saya baru sahaja menghadiri satu interview daripada PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) Sepang untuk mengisi kekosongan jawatan guru fardhu 'ain di sekolah-sekolah rendah agama sekitar daerah Sepang di Masjid Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah. Saya yakin saya lulus dalam ujian bertulis yang diberikan ketika itu dan Insya-Allah, mohon Allah untuk menggerakkan hati pihak-pihak berkenaan untuk meluluskan pemohonan saya dalam masa terdekat, Ameen, mudah-mudahan hendaknya.

This weekend, KUIS akan mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke-13 (kalau tak silap). Maaflah kawan-kawan khususnya buat Faris [klik] sebab saya tidak dapat menghadirkan diri ke majlis yang gilang-gemilang tersebut.

14 July 2010

Pengkhianatan Seorang Sahabat

لإبتلاء هو الحكمة التي من أجلها خلق الله عز وجل الإنسان في الحياة الدنيا. فينا من يُمتحن بالبلاء فينجح بالصبر والإيمان والاحتساب، منا من يمتحن بالبلاء فيرسب بالجزع والاعتراض على الله – والعياذ بالله. فللابتلاء له أجر كبير لمن صبر عليه، فالمرض له أجر، والعمى له أجر وهكذا في بقية الإعاقات أو الإصابات والجروح التي تصيب الإنسان قدرا من الله

Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan, ada juga yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah. Ingatlah kita bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada sesiapa yang bersabar, baik orang sakit ada ganjaran, orang buta ada ganjaran, demikian juga segala macam ujian yang lain yang ditakdirkan oleh Allah SWT.
YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Persidangan SEPAKAT, Kota Bharu
10 Julai 2010

Hati sering berkata-kata, adakah Dia menggantikan segala kesulitan dengan memudahkan segala urusan sebagai satu bentuk pertukaran kepada penderitaan yang dialami selama ini ataupun segala nikmat yang dinikmati selepas pemergian seorang insan yang pada saya tidak bertanggungjawab itu sebenarnya merupakan satu bentuk istidraj? Risau jika Dia menjadikan segala-galanya yang berlaku ini sebagai satu istidraj.

08 July 2010

Kenakalannya

Semacam tidak mengetahui dunia luar bila sudah sibuk dengan tugasan. Apa yang berlaku di Dewan Rakyat pun sudah tidak diambil peduli, sudah habiskah perbahasan penggal ini ataupun belum tidak diketahui. Bukan setakat semacam tidak mengetahui dunia luar, internet pun kadang-kadang buka, itupun kalau ada kelapangan.

Apa yang paling penting, adik-adik di sekolah, bagaimanakah caranya bagi memantapkan ilmu ukhrawi mereka. Nakal mereka, tak boleh dinukilkan. Hanya pengalaman sahaja mampu mengungkapkannya.

Nakal, itulah salah satu perkara yang sukar untuk dihadapi. Otak nakal mereka sentiasa berfungsi, walaupun mereka di dalam kelas dan sedang dalam sesi pembelajaran. Bila guru mereka berdiri di hadapan, mereka boleh lagi bergurau senda. Bila guru menerangkan tentang isi pelajaran, mereka sempat mengacah kawan mereka. Bila guru memberikan latihan, tangan mereka lebih tangkas mencuit yang lain sedangkan lesu dalam melaksakan tugasan yang diberikan.

Nakal... Nakal... Nakal...

Nakal itulah yang membuatkan diri ini lebih seronok menyampaikan ilmu kepada mereka... Sebenarnya. Tetapi kenakalan itu sepatutnya berpada-pada, bukan kenakalan yang diluar kawalan.

Nakalnya murid-murid kelas 5 Umar berbeza dengan nakalnya murid-murid 5 Usman. Bagaimana pula dengan kelas 5 Abu Bakar? Setakat ini, tidak nampak lagi tanda-tanda 'kenakalan' mereka. Memasuki kelas mereka umpama memasuki sekolah tika cuti sekolah, sunyi. Jikalau diuji pelajaran terdahulu, ternyata mereka (5 Abu Bakar) mampu menjawabnya, hatta pelajaran yang dipelajari mereka ketika darjah tiga. Namun mereka hanya mengambil peduli apa yang ada di dalam buku teks sahaja, tidak langsung mengambil peduli apa yang berada di luar!

02 July 2010

Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...

Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

"Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

30 June 2010

Hujung Jun '10 di Desa Putra

Pening, pening. Sebelum ni, Ustazah Syida cakap, potong nama budak-budak yang sudah ditukarkan kelas, tapi tadi Ustazah Nafiah, GPK HEM bagitau, masih mengikut kelas asal. Murid yang bertukar kelas pula dimasukkan dalam senarai kelas baru berkuatkuasa mulai 1 Julai.

"Syahmi, jangan tension," gurau Ustazah Jasmi, gurauannya meminjam antara 'trademark' yang selalu saya gunakan kepada Ustaz Ariffin.

Kalau dalam kepala otak, sememangnya tengah tension, tetapi dalam bekerja, jangan ditonjolkan ketensionan itu, simpan elok-elok dan uruskannya dengan baik dan berhemah.

Senarai lama murid-murid 5 Umar perlu saya salin semula, menandakan hari-hari kehadirannya, mengira jumlah hari ketidakhadiran dan kedatangan mereka, menjumlahkan senarai nombor-nombor: kerja-kerja yang dilakukan dalam masa sebulan. Pening, dan sedikit rasa lapar. Sambil menyiapkan kerja, sambil me'ngincak' kuih di tangan Ustaz Ariffin yang dibawa Ustazah Jasmi.

Lusa (Jumaat, 2 Julai) adalah Hari Menandatangani Kad Kemajuan (report card). Saya diarahkan untuk menghandle kelas saya sendiri. La hawla wala quwwata illa billah. What should i tell to their parents? Just okay-okay as saranan Ustazah Sharifah? Bagaimana anak saya ni?: OK. Pelajarannya macam mana?: OK. Kehadirannya?: OK. Perangainya?: OK. Adakah sebegitu yang perlu saya katakan?

Mahu tidak mahu, kenalah juga saya mempelajari dan meminta tunjuk ajar daripada mereka yang terlebih makan garam.

25 June 2010

Mereka Lebih Pandai Daripada Ustaz

"Ustaz, eja nama saya bukan macam ni," seorang murid mempersoalkan ejaan namanya yang saya eja. "Betullah tu," saya membenarkan apa yang telah saya eja. "Tapi, mak saya kata ejaannya macam ni..." sambil menunjukkan ejaan lama yang diejanya kepada saya. "Mak kamu rujuk di mana ejaan tu?" saya mempersoalnya kembali. "Mak saya ustazah," seolah-olah tidak mahu mengalah.

Betul ke maknya ustazah? Lulusan mana? Setakat title ustaz atau ustazah, mereka masih boleh melakukan kesalahan ketika mengeja dalam jawi. Lainlah kalau ustaz atau ustazah yang berkelulusan dari Timur Tengah, masih boleh dipercayai lagi.

"Mana 'ustazah' rujuk ejaan tu?" saya cuba nak menang juga. Dia semacam mengalah. Saya kemudiannya menyuruh dia kembali ke tempat duduknya semula kerana persoalan yang dilemparkannya melambatkan kerja saya.

Saya menyambung semula kerja saya sebelum itu, menyerahkan buku latihan yang baru sahaja selesai disemak dan ditanda.

"Terima kasih ya Ustaz Syahmi! Selamat pulang ya Ustaz Syahmi! Assalamualaikum ya Ustaz Syahmi!" ucapan terima kasih diterima daripada murid kelas 5 Umar yang bagai terpaksa kerana baru sahaja lepas didenda ditahan 15 minit di kelas kerana melanggari arahan saya.

23 June 2010

Minah Kereta

Masalah, masalah. Memang tak boleh duduk diam. Buat itu, tak kena. Buat ini tak kena. Dua tiga hari kebelakangan ini, terasa agak blur sedikit. Mana tidaknya, moderm tertinggal di rumah KL. Bila tahap kebosanan sudah melebihi hadnya, saya memaksakan diri pulang ke KL untuk mengambil moderm yang tertinggal.

Jam menunjukkan 12.25 tengah malam. Setelah selesai menonton perlawanan bola sepak piala dunia antara Perancis yang menetang Afrika Selatan yang 'menyayat hati' (Perancis kalah 2-1 dengan gol 'bodoh' daripada Afrika Selatan) dan perbincangan dengan housemate mengenai bil-bil yang tertunggak, saya terus menghantar SMS kepada mak mengenai kepulangan 'sekejap'.

Dalam setengah jam, saya sampai ke rumah...

Tidaklah berbual-bual atau bersantai-santai selepas mengambil broadband, saya terus menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke Bukit Mahkota dengan kadar kelajuan 80km/j, maintain.

"Dah sampai bagitau," pesan abah sebelum saya melangkah keluar rumah.

Bermulalah cerita...

MINAH SATRIA

Dalam perjalanan pulang ke Bukit Mahkota, saya nyaris menghentam sebuah kereta Satria yang dipandu oleh 'seekor' minah. Kejadian tersebut berlaku di selekoh tajam MRR2 Sungai Besi.

20 June 2010

Ujian Baru Sahaja Bermula...

Hari ini merupakan hari terakhir cuti pertengahan tahun murid-murid sekolah. Esok, sesi pembelajaran akan bermula dan tirai baru akan dibuka selepas mereka berhadapan dengan peperiksaan pertengahan tahun dan cuti dua minggu.

Saya, dengan penuh kebingungan, akan memulakan tugas saya sebagai seorang tenaga pengajar di SRA Desa Putra. Dengan tiada langsung pengalaman mengajar, saya tertanya-tanya, bagaimana saya boleh berhadapan dengan murid-murid khususnya darjah lima yang agak hyperactive selain kurang mendengar arahan daripada saya?

Mudah-mudahan, Allah memudahkan tugas saya dalam membina sahsiah dan mengasuh anak bangsa dalam mengenal agama-Mu ini.

Mengajar, mengajar juga. Perancangan masa hadapan harus dipertimbangkan. Adakah saya harus terus menjadi seorang guru ataupun saya harus keluar daripada skop kerja makan gaji? Itu yang sedang difikirkan. Setelah apa yang pernah berlaku sebelum ini, saya harus lebih berhati-hati dalam memastikan perancangan masa hadapan akan lebih teratur dan yang paling penting, berada dalam landasan yang betul serta mengikut apa yang dirancangkan.

17 June 2010

The Karate Kid (2010)

Semalam, saya baru sahaja menonton filem terbaru keluaran Columbia Pictures, The Karate Kid arahan Harald Zwart. Cerita yang durasinya lebih dua jam ini banyak diselitkan nilai-nilai murni dan moral, sesuai ditonton bukan sekadar untuk bersantai dan berhibur malah sarat dengan pengajaran.

16 June 2010

Madrasah Yusuf di Sebuah Penahanan Tanpa Had Masa

HMP Greenock di Scotland
Sudah menjadi tradisi.

Seorang manusia yang dibuktikan oleh segala bukti bahawa dirinya tidak bersalah, tidak akan dihukum penjara.

Sebaliknya dia akan ditahan di dalam tahanan tanpa had masa.

13 June 2010

Dari Alor Gajah

Hampir 48 jam saya berada di Melaka. Alhamdulillah, nampaknya semuanya nampak bagus di sini. Mana tidaknya, kemeriahan Melaka sebagai sebuah bandaraya bersejarah di negeri selat yang diiktiraf UNESCO selain Georgetown selain keberlansungan Sukan Malaysia di sini menambahkan lagi kemeriahannya.

Perjalanan bermula selepas maghrib, 11 Jun 2010 (Jumaat) dari rumah Ustaz Fadhli di Beranang. Perjalanan memakan masa sekitar 2+ jam melalui Lebuhraya Utara Selatan [klik] dan keluar di persimpangan Simpang Ampat, berhampiran Alor Gajah. Agak penat jugalah sebab tengah hari sebelum bertolak, saya ke Kajang atas urusan kerja. Walaupun penat, keseronokan berjalan itu lebih terasa berbanding penat...

SABTU, 12 JUN 2010

Hari pertama, saya ke Bandaraya Melaka. La haula wala quwwata illa billah. Kesesakan ketika dalam perjalanan ke Bandaraya Melaka sememangnya menggugat keimanan. Pening kepala... Saya dan Ustaz Fadhli melalui Lebuhraya AMJ (tak tahulah nama panjangnya) menuju ke pusat bandaraya. Keadaan jalan yang terlalu banyak traffic light selain daripada kapasiti kenderaan yang melaluinya yang tinggi antara punca kesesakkan teruk di situ.

06 June 2010

Sinar Baru Selepas Gelita

إذا اشتدت بك البلوى
ففكر في ألم نشرح
فعسر بين يسرين
إذا فكرت به تفرج

Alhamdulillah. Siang tadi (Sabtu, 5 Jun 2010), saya menghadiri perjumpaan antara beberapa orang agen Public Mutual di ibu pejabatnya di Damansara Perdana. Perbincangan antara lain bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan membincangkan permasalahan yang timbul ketika berhadapan dengan beberapa jenis costumer yang cerewet. Dan insya-Allah, dalam beberapa minggu dari sekarang, saya akan ditauliahkan sebagai seorang agen Public Mutual atau nama glamournya financial consultant, itupun sekiranya saya lulus dalam exam yang disediakan oleh pihak syarikat.

Rasanya tidak perlulah diceritakan secara detail mengenai hal berkenaan, cukuplah hanya sebagai gambaran.

04 June 2010

Assalamualaikum Ya Ustaz...

Sejak post terakhir [klik], saya langsung tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa artikel untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Walaupun  terdapatnya isu besar yang sepatutnya saya ulas seperti penyerangan komando tentera Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza, Mavi Marmara di perairan antarabangsa, saya bagai tidak diberi ruang untuk mengulasnya di dalam blog ini.

Walau bagaimanapun, anda bolehlah mengakses mana-man blog yang telah pun mengulas isu ini secara panjang lebar dan sebahagiannya mengulas dengan penuh emosi. Syukurlah kerana kesemua rakyat Malaysia selamat dalam tragedi berdarah ini.

30 May 2010

Kenanganku Di Presint 9

Tempat anak-anak bermandi
pada hujung minggu di Presint 9.
[sumber gambar]
"Alhamdulillahi rabbil-'alamin. Ar-rahmanir-rahim. Maliki yaumid-din..." Selepas sahaja ayat keempat surah al-Fatihah saya baca, tiba-tiba ada seorang lelaki menepuk bahu kanan saya sebagai isyarat untuk saya mengepalai solat berjemaah. Solat saya terhenti seketika. Sepanjang tahun 2010, belum pernah saya mengimamkan mana-mana jemaah solat dan ini adalah kali pertama dalam tahun ini.

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta-'in," saya mengjaharkan bacaan al-Fatihah kerana saya mengimamkan solat Maghrib.

Isyak pun sama. Sama mengimamkan seorang lelaki di Presint 9, cuma lokasi surau yang berlainan.

Kolam renang untuk kanak-kanak di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. [sumber gambar]

26 May 2010

Tanjong Pagar dan Kedaulatan Negara

Stesen KTMB Tanjong Pagar, Singapura
Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar di sini akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011, seperti yang termaktub dalam perjanjian Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands, yang juga satu lagi perjanjian dalam POA, yang ditandatangani pada 27 November 1990.
25 Mei 2010

24 May 2010

Kasino Terbesar Ada Di Malaysia?


Bantahan terhadap kelulusan pemberian lesen judi bola sempena Piala Dunia terus dilaungkan walaupun terdapat segelintir masyarakat Muslim yang tindakan mereka seolah-olah me'redha'i tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO-Barisan Nasional.

Yang lebih malang, 14 orang mufti yang mewakili 13 buah negeri dan tiga bandar di dalam wilayah persekutuan nampaknya seakan terkedu. Kalau membantah sekalipun, ia dibuat secara 'kecil-kecilan' kerana mungkin sayangkan kerusi Mufti yang empuk.

Tahniahlah kepada agamawan yang membantah dan tahniahlah juga kepada beberapa kerat mufti yang bersuara walaupun secara 'berbisik'.

Yang menghairankan saya, mengapa Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang kononnya mempertahankan hak istimewa Melayu dan memelihara kesucian agama Islam menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini? Walaupun kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha baru-baru ini menyeru semua pihak khususnya umat Islam membantah pemberian lesen judi ini tanpa mengira fahaman politik, namun kenyataan Presidennya tempoh hari bercanggah dengan Arman yang mana mencabar kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat agar menutup premis-premis judi di negeri naungan mereka.

Sepatutnya, Dato' Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa bersama-sama mereka yang membantah dan berdemonstrasi melainkan tindakan beliau terselitnya kepentingan politik.

20 May 2010

Kurang Ajar



Siapa kurang ajar, nanti kena buang kerja...

Hilangnya Sabar Ketika Memandu

Walaupun pihak kerajaan, termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, telah berkali-kali memberikan amaran dan nasihat supaya setiap pengguna jalan raya, sama ada yang memandu ataupun yang melintas jalan, sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Perkara yang paling menyedihkan ialah, masyarakat kita bukan sahaja tidak mengambil berat tentang penggunaan jalan raya yang lebih selamat, malah mereka yang bermotor tidak prihatin tentang keselamatan diri mereka sendiri dan juga orang lain.  Ini menyebabkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun terutama menjelang musim-musim perayaan.  Pernah suatu ketika dahulu Malaysia mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang ketiga tertinggi di dunia.
YB Datuk Abdul Rahim Ismail
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah
13 Oktober 2006

17 May 2010

Cinta? Part 2

Terlepas Part 1?

Bercouple. Jika ditanyakan kepada mereka yang bercouple, sudah pastinya jawapan yang diberikan lebih banyak yang positif berbanding negatif. Sebabnya mereka merasai 'nikmat'nya bercouple itu. Cuba kita lihat 'kemanisan' bercouple.

'MANIS'NYA BERCOUPLE

Yang pertama, pastinya seronok. Memang tidak dinafikan, bercinta itu memang seronok kerana itulah naluri manusia yang sebenarnya, mahu mengasihi dan dikasihi. Bukankah hati kita tergerak untuk mencintai dan mengasihi seseorang serta mahukan pembalasan terhadap cinta yang telah diberi?

Malanglah bagi sesiapa yang tidak memiliki perasaan mahu mengasihi dan dikasihi.

Seterusnya, mereka yang bercouple akan meluahkan masalah-masalah kepada pasangan ajnabi masing-masing dengan harapan mendapat perhatian dan simpati. Sekiranya masalah yang dihadapi itu terlalu berat, maka bebanan yang dipikul itu akan terbang melayang dengan hanya mengadu masalah tersebut kepada couple masing-masing.

14 May 2010

Perginya Meninggalkan Legasi Islami

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْر، الصَّبْرُ فِيهِ مِثْلُ قَبْضٍ عَلَى الْجَمْرِ، لِلْعَامِلِ فِيهِمْ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلًا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِهِ، -وَزَادَنِي غَيْرُهُ- قَالَوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْهُمْ؟ قَالَ: أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ. رواه أبو داود والترمذي
وفي بعض روايات الحديث قال: هم الذين يحيون سنتي ويعلمونها الناس صدق رسول الله

Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): Akan datang suatu masa, yang mana kesabaran adalah seperti memegang bara api yang panas. Mereka yang melakukan kebaikan akan memperoleh ganjaran sebagaimana 50 orang yang melakukan perkara yang sama. -Dan yang lain menambah- Mereka berkata: Wahai Rasul Allah, ganjaran 50 orang daripada mereka? Baginda menjawab: “(Ya!) Ganjaran 50 orang. 
 Dan dalam riwayat yang lain ada menyebut: Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada para manusia.)

11 May 2010

Cinta? Part 1

Siapa yang ketiga?
Saya pernah banyak kali ditanyakan mengenai cinta. Cinta? Mengapa perlu ditanya soalan sedemikian? Perlukah saya menjawab beberapa suara "nakal" yang bertanya mengenai cinta?

Ya. Saya sedang dilamun cinta. Cinta ini hanya buat Allah Rabbul Jalil yang menyempurnakan kejadian dengan sesempurnanya. Cinta ini juga buat kekasih-Nya tercinta, junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ingat! Barangsiapa yang meletakkan cinta manusia lain lebih daripada cintanya kepada Baginda saw, sesungguhnya terdapatnya kecacatan terhadap keimanan dan keyakinannya kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita.

Cinta yang agung.
Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين. أو كما قال
Tidak sempurnya iman seseorang daripada kamu sehinggalah diriku ini lebih dicintainya lebih daripada ibu bapanya, anaknya, dan manusia sekelian.